Total Pageviews

Tuesday, 10 January 2012

MINIT MESYUARAT KGSS 1

MINIT MESYUARAT HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN (HKK )SKCI KALI -1
TARIKH           :,          26 Mac  2011
MASA              :           9.00 Pagi
TEMPAT          :           Bilik Mesyuarat SKCI

Kehadiran         :
1.     Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal                             YDP PIBG
2.     Pn Hjh Noor Anida bt Saad                                    NYDP PIBG
3.     Cik Zulaidah bt MatHassan                                                Setiausaha
4.     Pn Donna Kwan Wai Mun                                         Bendahari
5.     En Nazim b Mustapah                                             AJK Guru
6.     Pn Nor Akma bt Ahmad                                          AJK Guru
7.     Cik Syazlin bt Ab Sahir                                          AJK Guru
8.     Pn. Nor Azliza bt Hussain                                       AJK Guru
9.     En Sanim b Othman                                                AJK Guru
10.   En Abd Aziz b Sulaiman                                         AJK Ibu Bapa
11.   En Mohd Zahari b Md Zahari                                 AJK Ibu Bapa
12.   En Marzuki b Mahbob                                            AJK Ibu Bapa
13.   En Ahmad Nazrin b Abu Samah                              AJK Ibu Bapa
14.   Pn Hadijah bt Ibrahim                                           AJKK BIRO PIBG
15.   En Azli b Musa                                                       AJKK BIRO PIBG
16.   Rex b Atao                                                             AJKK BIRO PIBG
17.   Wan Zulaile bt Wan Hassan                                   AJKK BIRO PIBG
18.   Ahmad b Ramli                                                       AJKK BIRO PIBG
19.   Md. Salim Wagimin                                                 AJKK BIRO PIBG
20.  Misman b Hussein                                                   AJKK BIRO PIBG
21.   Puan Norashikin                                                      AJKK BIRO PIBG
22.  En Misran bTamijan                                                AJKK BIRO PIBG
23.  En Kamarolzaman b Seman                                      AJKK BIRO PIBG
24.  En Nor Zaidi b Ismail                                             AJKK BIRO PIBG
25.  En  Zaidi b Ismail                                                   AJKK BIRO PIBG
26.  En. Mohd Lutfi b Munir                                          AJKK BIRO PIBG
27.  En Zainol Zulkarnain                                           AJKK BIRO PIBG

Tidak hadir bersebab:
1.     Pn. Rafidah bt Rifin                                    AJK Ibu Bapa
2.     En Zainuddin bin Tapa                                AJK Ibu Bapa
Turut Hadir      :
1.     En Mohd Thani b Abdullah             Guru Besar
2.     Pn Hjh Rosmimah bt Embi               GPK Kurikulum
3.     Pn Hjh Hamidah bt Hariman           GPK HEM
4.     En. Bukhari b Azali                         GPK Pend. Khas


AGENDA MESYUARAT
1.0    Ucapan Pengerusi PIBG 2011/ 2012 (Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal)
1.1        Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada semua  yang sudi hadir pada Mesyuarat HKK yang pertama.
1.2        Pada kali ramai ini, seramai 48 orang, terdiri daripada AJK dan AJKK Biro PIBG telah dijemput. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk sama-sama membincangkan perjalanan HKK yang akan dijalankan pada 2 Julai 2011.
1.3        Pemgerusi menjemput Guru Besar untuk menyampaikan makluman tentang sekolah.

2.0    Ucapan Guru Besar( En Mohd Thani b Abdullah)
2.1        Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan semua yang telah hadir. Walaupun tidak semua 48 orang yang hadir, namun diharap jumlah ini akan meningkat pada masa akan datang.
2.2       Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada AJK yang bertungkus lumus menyiapkan bilik PIBG. Kini bilik PIBG hampir 80% siap. Beliau juga merakamkan rasa terima kasih kepada En. Salim Wagimin, En Abd Aziz Sulaiman, En Zamzuri, En Ahmad Nazrin, YDP, NYDP dan lain-lain kerana telah terlibat dalam gotong royong membuka dan membaik pulih dewan sekolah.
2.3       Guru Besar memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pelajaran akan melawat zon Ampang. Sekolah yang akan di lawati ialak SMK  Taman Tasik.
2.4       UMNO DUN Cempaka telah bermesyuarat sebanyak 2 kali sebagai persiapan menyambut TPM.
2.5       Guru Besar juga telahmemaklumkan tentang Standard Pencapaian Kualiti Malaysia SPKM. Semua sekolah di Malaysia telah dibuat penarafan. Markah SKCI mencecah hampir 80% oleh itu telah diberi Band 3.
2.6       Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan dilaksanakan pada 2011 untuk murid tahun 1. Penilaian adalah berasaskan 60 : 40 , 60% adalah markah daripada peperiksaan awam dan 40 % adalah berasaskan penilaian sekolah. Penilaian adalah secara berterusan iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6.
2.7       Semasa mengelolakan KSSR, banyak sumber kewangan diperlukan, bagaimanakan peruntukan khusus untuk KSSR tiada.
2.8       Dalam KSSR, setiap murid perlu ada folio masing-masing, masalah yang dihadapi oleh sekolah ialah tidak mempunyai tempat dan rak untuk menyimpan folio dan hasil kerja murid.
2.9       Pihak sekolah boleh menyediakan ruang tempat penyimpanan besar dan selamat, tetapi tidak dapat menyediakan rak. Oleh itu, sekolah memohon bantuan PIBG untuk membeli rak yang sesuai untuk menyimpan folio dan  bukti hasil kerja murid (evident)
2.10      Ini kerana apabila penilaian dibuat, perlu dikemukakan bahan bukti dan dokumen murid.
2.11      Sehingga kini SKCI telah menerima seorang guru GSTT iaitu Tan Ziming, guru Pendidikan Khas. Jumlah murid ialah 414 orang, 270 daripada aliran perdana, 50 pra sekolah dan 77 Pendidikan Khas.
2.12      Murid Pendidikan Khas telah meningkat daripada 65 ke 77 orang murid dan dijangka akan meningkat kepada 85 orang.
2.13      Dalam satu kelas pendidikan Khas, tidak boleh melebihi 7 orang. Kini pendidikan Khas mempunyai 10 kelas,dan dijangka akan dibuka satu lagi kelas Pendidikan Khas.
2.14      Eon Bank dan The Star telah memohon untuk mengadakan satu majlis khas di SKCI untuk menyampaikan sumbangan.
2.15      Cadangan majlis ialah pada 6.4.2011 bertempat di dewan SKCI, jam 10.00 pagi. The Star akan membekalkan surat khabar kepada sekolah sebanyak 26 naskhah pada setiap hari Rabu.
2.16      Hal ini akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan. Sekiranya hal ini berjalan lancar, Guru Besar menjemput PIBG untu turut hadir sama pada hari tersebut. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kelak.
2.17      Wang sumbangan akan dimasukkan dalam akaun SUA.
2.18      Pada 6.4.2011 SKCI akan menghantar seorang murid, Adlin Natasya bt Zainuddin ke pertandingan “Spelling Competition” iaitu di SK Nirwana.

3.0       Cadangan Perlaksanaan HKK 2011 (En Ahmnad Azam b Abd Jalal)
3.1        YDP mencadangkan tema HKK ialah 3K iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan.
3.2       Bagi skop keselamatan, pada HKK beliau mencadangkan diadakan demontrasi cara-cara memadam api dan mempertahankan diri oleh agensi PDRM dan Bomba dan Penyelamat.
            3.3       Bagi skop Kesihatan, akan diadakan ceramah, dan pemeriksaan kesihatan.
            3.4       YDP juga mencadangkan diadakan aktiviti kitar semula. Barang-barang yang tidak digunakan, dikumpulkan pada satu tempat di sekolah. Barang – barang kitar semula ini akan dikumpul dan dijual.
3.5       HKK juga dicadangkan menjalankan aktiviti - aktiviti dalaman sepanjang bulan Mei dan Jun untuk mempromosi HKK dikalangan murid. Seminggu sebelum hari kemuncak iaitu pada 2 Julai, aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah tayangan filem, flying fox, menunggang kuda, permainan rakyat, tuju lagu, pertandingan menulis esei kesihatan, ceramah kesihatan, peraduan mewarna dan sebagainya.
3.6       Pada hari tersebut terdapat aktiviti jualan, iaitu terdapat 7 gerai , terdiri daripada gerai tahun 1 hingga 6 dan Pendidikan Khas. Gerai-gerai ini akan berniaga dan dikendalikan oleh guru-guru , ibu bapa mengikut tahun masing-masing. Gerai minuman akan dikendalikan oleh PIBG sendiri.
3.7       Makanan yang akan dijual oleh setiap gerai akan ditetapkan. Ibu bapa digalakkan menyumbang bahan mentah untuk membantu gerai anak masing-masing.
3.8       PIBG akan menyediakan inisiatif dengan menyediakan pendahuluan modal kepada gerai. Bgaimanapun setiap perbelanjaan mestilah disahkan dengan bukti pembelian / resit.
3.9       Gerai –gerai juga akan dibuka kepada pihak luar untuk sewan pada hari tersebut. Kadar sewa yang ditetapkan ialah RM 50-200 atau 10% hasil jualan, mana-mana yang tertinggi.
3.10      Gerai bukan makanan terhad kepada 8 gerai sahaja. Antara cadangan jenis gerai bukan makanan ialah kereta, buku, barang kitar semula, perkhidmatan swasta dan lain-lain.
3.11      Urusan yang berkaitan dengan gerai makanan akan diuruskan oleh Biro Pendidikan. Sewaan gerai diletakkan dibawah Biro Kebajikan.
3.12      En Marzuki memaklumkan supaya mencari nama yang lebih menarik untuk HKK supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir pada hari tersebut.
3.13      YDP memaklumkan pada HKK nanti, sebanyak 10 buah khemah akan diperlukan. Beliau memaklumkan bahawa MPAJ, pada karnival yang lepas,  hanya boleh membekalkan 2 buah khemah sahaja.
3.14      Pn Noor Anida mencadangkan supaya En Sanim b Othman sebagai Penyelaras HKK.
3.15      Guru Besar menerangkan bahawa Penyelaras HKK ialah GPK Kokurikulum yang akan datang melapor diri tidak lama lagi. In kerana HKK ini adalah dibawah bidang tugas beliau.
3.16      Pn Noor Anida memohon kelulusan budget untuk diberikan kepada penyumbang sebagai tanda terima kasih dan prihatin atas sumbangan yang telah diberikan.
3.17      En Salim mencadangkan supaya aktiviti kitar semula dimulakan lebih awal. Sekiranya dimulakan awal lebih banyak barang kitar semula dikumpul dan dapat dijual. Beliau menyatakan kini harga barang kitar semula di pasaran tengah meningkat.  YDP menyerahkan hal ini kepada Guru Besar untuk melaksanakannya.
3.18      YDP mencadangkan supaya membuka gerai barangan kitar semula  yang akan dijaga oleh PIBG.
3.19      Guru Besar memaklumkan pondok di depan pondok pengawal boleh digunakan untuk menyimpan barangan kitar semula. Bagaimanapun bilik tersebut perlu dibersihkan dan dipastikan selamat.
3.20     Gotong royong perlu diadakan untuk menyediakan tempat tersebut untuk tujuan ini. Ini kerana terdapat aduan daripada pengawal yang mengatakan bahawa ternampak ular dalam bilik tersebut.
3.21      Pn Noor Anida memaklumkan bahawa KAO telah bersetuju untuk memberi taklimat kebersihan kepada murid selama 1 jam. Taklimat ini akan diadakan 1 minggu sebelum HKK diadakan iaitu antara tarikh 27 Jun hingga 1 Julai.
3.22.     Pn Rosmimah mencadangkan supaya untuk aktiviti di peringkat dalaman sebelum HKK berlansung.dikenakan yuran penyertaan sekurang-kurangnya RM0.50 sen. Bayaran yuran setiap penyertaan adalah dengan menggunakan kupon.
3.23     Guru Besar menyatakan penyertaan murid akan dicatatkan dan dimasukkan sebagai markah Kokurikulum.
3.24     Guru Besar mencadangkan Dato’ Ong Tee Keat dijemput sebagai Perasmi HKK.


4.0       Penerangan Ibadah Korban Perdana
4.1        Penerangan telah dibuat oleh syarikat yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan PIBG dan sekolah. Diccadangkan program ibadah Korban Perdana diadakan seperti berikut:
a. Tarikh          : 6 dan 7 November 2011
b. Tempat         : Padang Sekolah
c.  Masa            : 8.30 pagi(bergantung kepada solat Raya)
4.2       Objektif Ibadah Korban Perdana ialah untuk menambah dana tabung PIBG. Segala urusan akan dikendalikan oleh syarikat yang dilantik.Dijangka selesai waktu penyembelihan ialah 1.30 tengahari. Daging akan diagih kepada pesarta dan akan diadakan jamuan makan tengahari menggunakan daging korban.
4.3       Bayaran ialah RM350 satu bahagian atau RM 2450.00 untuk seekor lembu.  Syarikat akan menyumbang RM 50.00 kepada tabung PIBG bagi setiap ekor lembu yang dikorbankan.
4.4       Bayaran boleh dilakukan secara terus atau ansuran, iaitu RM 75.00 sebulan, 5 kali bayar. Penyertaan dibuka kepada penduduk setempat dan orang ramai.
4.5       Syarikat akan menggantung banner di pagar batu tepi jalan dan di depan sekolah atau melalui blok internet www.mudah.my dan www. lelong.com bagi menarik minat masyarakat luar untuk turut sama dalam program ini.
4.6       En Ahmad b Ramli bertanya, adakah lembu yang akan dikorbankan itu, lembu tempatan atau lembu Thailand. Dimaklumkan bahawa lembu yang akan dikorbankan ialah lembu tempatan. Sekiranya pada hari tersebut sasaran kurang daripada 10 ekor, maka jamuan tengahari tidak dapat dilaksanakan.
4.6       YDP berharap biro ekonomi dan sumbangan dapat perhalusi cadangan dan buat kajian supaya dapat dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
4.7       YDP mengucapkan terima kasih kepada wakil syarikat yang datang dan memaklumkan bahawa hal ini akan dibawa ke mesyuarat AJK PIBG untuk diputuskan.

5.0       Hal-Hal Lain
5.1        YDP memaklumkan bahawa bilik PIBG telah bertambah baik, bilik tersebut telah dibersih dan dikemas, barang-barang PIBG boleh disimpan dalam bilik tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat individu yang sudi menyumbangkan penghawa dingin untuk ditempatkan dalam bilik PIBG. YDP bercadang memohon  dua penghawa dingin untuk ditempatkan dalam bilik PIBG.
5.2       Guru Besar menyatakan bahawa pada hari Isnin,sekolah akan mengadakan program motivasi bagi murid-murid tahun 6. Penceramah ialah En Zulkarnaen S/U UMNO Pandan. Dewan akan digunakan, oleh itu guru besar memohon kepada semua yang hadir agar sama-sama dapat mengemas dewan selepas selesai mesyuarat. Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sijil akan dikeluarkan oleh UMNO Pandan.
5.3       Berhubung dengan cadangan membuat laluan menghubungkan sekolah dan Flat Pandan Perdana, Guru Besar memaklumkan bahawa cadangan awal untuk membuat laluan melalui kuarters perguruan tidak dapat dilaksanakan sebab diluar kawasan projek. JKR mencadangkan laluan terus dibuat daripada flat ke sekolah.
5.4       Sekiranya laluan daripada flat dibuka, pintu pagar perlu dibuat tinggi iaitu dalam 6 atau 7 kaki. Kedudukan pintu pagar alternatif ialah bertentangan dengan makmal komputer PIBG. JKR akan membuat pagar dan jambatan manakala laluan pejalan kaki bersimen purlu disediakan sekolah.
5.5       YDP berpendapat, sekiranya dibuat secara bergotong royong kos dapat dikurangkan. YDP juga mencadangkan supaya dikeluarkan surat kepada ibu bapa yang tinggal di Flat Perdana dan kuaters mohon sumbangan untuk membantu membayai pembinaan laluan alternatif kerana ini adalah untuk kemudahan anak-anak mereka.
5.6       Laluan alternatif ini akan dibuka pada jam 7.00 hingga 7.30 pagi dan pada waktu pulang mengikut masa hari persekolahan. Manakala pada hari pada hari Rabu akan dibuka pada 4.00 petang.
5.7       Guru Besar juga mencadangkan supaya membentuk jawatankuasa Bumi Hijau untuk tanam jagung hibrid. Dengan ini dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa serta menambah pendapatan PIBG.
5.8       YDP menyatakan bahawa, perlu diwujudkan Penyelaras Bumi Hijau  di peingkat sekolah. Jawatankuasa khas perlu diwujudkan. Cadangan akan dikemukakan dalam mesyuarat akan datang
5.9       Cadangan mesyuarat yang seterusnya akan diadakan pada 23 April 2011,jam 9.00 pagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.


Disediakan oleh,                       Disemak oleh,                                       Disahkan oleh,


...................................                  ........................................                              .........................................
(Zulaidah Mat Hassan)       (En Mohd Thani b Abdullah)           (Tn Hj Ahmad Azam b Abl Jalal )
s/u PIBG SKCI 2011/2012       Guru Besar SKCI                                   YDP PIBG SKCI 2011/2012



No comments:

Post a Comment