Total Pageviews

Tuesday 10 January 2012


MESYUARAT AJK PIBG DAN  JAWATANKUASA PELAKSANAAN
HARI KARNIVAL SKCI KALI KE - 2 2011/ 2012

TARIKH           :,          23 April  2011
MASA              :           8.00 Pagi
TEMPAT          :           Bilik Mesyuarat SKCI

Kehadiran         :
1.     Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal                             YDP PIBG
2.     Pn Hjh Noor Anida bt Saad                                    NYDP PIBG
3.     Cik Zulaidah bt MatHassan                                     Setiausaha
4.     Pn Donna Kwan Wai Mun                                         Bendahari
5.     En Nazim b Mustapah                                              AJK Guru
6.     Pn Nor Akma bt Ahmad                                            AJK Guru
7.     Cik Syazlin bt Ab Sahir                                           AJK Guru
8.     Pn. Nor Azliza bt Hussain                                        AJK Guru
9.     En Sanim b Othman                                                  AJK Guru
10.   En Abd Aziz b Sulaiman                                          AJK Ibu Bapa
11.   En Mohd Zahari b Md Zahari                                   AJK Ibu Bapa
12.   En Marzuki b Mahbob                                             AJK Ibu Bapa
13.   En Ahmad Nazrin b Abu Samah                               AJK Ibu Bapa
14.   Pn Hadijah bt Ibrahim                                            AJKK BIRO PIBG
15.   En Azli b Musa                                                       AJKK BIRO PIBG
16.   Rex b Atao                                                             AJKK BIRO PIBG
17.   Wan Zulaile bt Wan Hassan                                    AJKK BIRO PIBG
18.   Ahmad b Ramli                                                        AJKK BIRO PIBG
19.   Md. Salim Wagimin                                                  AJKK BIRO PIBG
20.  Misman b Hussein                                                    AJKK BIRO PIBG
21.   Puan Norashikin                                                       AJKK BIRO PIBG
22.  En Misran bTamijan                                                 AJKK BIRO PIBG
23.  En Kamarolzaman b Seman                                       AJKK BIRO PIBG
24.  En Nor Zaidi b Ismail                                              AJKK BIRO PIBG
25.  En  Zaidi    b Ismail                                                 AJKK BIRO PIBG
26.  En. Mohd Lutfi b Munir                                            AJKK BIRO PIBG
27.  En Zainol Zulkarnain                                               AJKK BIRO PIBG

Tidak hadir bersebab:
1.     Pn Azlina bt Ali                                          Juruaudit Guru
2.     Pn Rasyidah bt mohd Nasri                         Juruaudit Ibu bapa
3.     Pn. Rafidah bt Rifin                                    AJK Ibu BapA
4.     En Mohd Thani b Abdullah                          Guru Besar
5.     Pn Rosmimah bt Embi

Turut Hadir
                                    1. En Baharuddin b Yasir                                   GPK Ko -Kurikulum
1.     Pn Hjh Hamidah bt Hariman                          GPK HEM
2.     En. Bukhari b Azali                                       GPK Pend. Khas

Agenda Mesyuarat
1.0    Ucapan Pengerusi PIBG 2011/ 2012 (Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal)
1.1        Pada perjumpaan kali ini YDP bercadang mahu menjalankan dua perkara iaitu Mesyuarat PIBG kali ke 2 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Karnival. Banyak perkara yang hendak diputuskan.
1.2        Ucapan terima kasih kepada yang sudi hadir, kehadiran ibu bapa sedikit, mungkin ramai yang belum sampai.Kehadiran guru lebih ramai kerana hari ini hari persekolahan, jadi guru boleh hadir.
1.3        YDP mempersilakan En Baharuddin b Yasir, Guru Penolong Kanan Ko- Kurikulum, untuk menyampaikan kata-kata alu-aluan dan makluman sekolah.

2.0    Ucapan En Baharuddin B Yasir (Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum)
2.1        En Baharuddin menyampaikan salam Guru Besar kerana tidak dapat hadir mesyuarat kerana beliau dan GPK Kurikulum berada di PPDHL.
2.2       Beliau berharap dapat menyelesaikan  dan  memutuskan beberapa  perkara untuk hari Karnival nanti.

3.0    Ucapan YDP (Tn Hj Ahmad Azam b Abdul Jalal Pembentangan Minit Mesyuarat AJK Dan Minit Mesyuarat Hari Karnival Kali ke 1)
3.1        YDP meminta AJK yang hadir membaca minit, sekiranya tiada sebarang kesilapan, minta minit mesyuarat disahkan.
3.2       En Nazim Mustapah, mencadangkan supaya minit mesyuarat Kali 1 disahkan. Disokong oleh Pn Noor Anida bt Saad.
3.3       Pn Nor Azliza bt Hussein mencadangkan minit mesyuarat Hari Karnival kali 1 disahkan. Cadangan disokong oleh Pn Noor Anida bt Saad.

4.0    Perkara-Perkara Berbangkit.
a. Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali 1
4.1        YDP meminta En Baharuddin memaklumkan tentang tindakan pihak sekolah bagi mengatasi masalah ular.
4.2       En Baharuddin memaklumkan bahawa, pihak sekolah telah melaksanakan pemotongan rumput secara berjadual,dan menabur belerang di sekeliling kawasan sekolah terutama di kawasan Pra Sekolah, kantin, padang dan Taman Sains. Diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah ular.
4.3       YDP dan beberapa AJK PIBG telah hadir ke sekolah pada 16 April bagi membersihkan bilik kitar semula yang terletak di depan Pondok Jaga. Semasa kerja--kerja pembersihan dijalankan, mereka telah menemui  tiga ekor ular. Ketiga-tiga ekor ular itu telah berjaya dipukul mati.
4.4       Guru Besar, YDP dan En. Salim telah berbincang untuk melaksakan Bumi Hijau bagi mengatasi masalah ular.
4.5       YDP dan En Salim dan beberapa orang AJK PIBG akan mengusahakan tanaman di kawasan yang becak untuk mengelakkan ular. Kos mengusahakan tanaman akan ditanggung sendiri oleh En Salim dan rakan-rakan oleh YDP dan En Salim. Bagaimanapun 40% keuntungan hasil jualan tanaman akan di masukkan ke dalam tabung PIBG sebagai balasan kebenaran menggunakan tanah sekolah.
4.6       Laluan Altenatif. YDP menyatakan bahawa JKR telah pun bersetuju untuk beri sumbangan membina laluan berbumbung dan pintu pagar. PIBG dan pihak sekolah akan membuat tindakan susulan dan tunggu dengan JKR.
            b.Minit Mesyuarat Hari Karnival
            4.7       Perkara, 2.15 berkenaan dengan pemberian surat khabar The Star percuma, Pn Donna memaklumkan bahawa pada masa ini, jumlah yang diberi oleh The Star ialah 20 naskhah. Ianya tidak mencukupi untuk semua murid, oleh itu semua naskhah tersebut diberikan kepada murid kelas 6 Rajin. Murid-murid kelas 6 Tekun pula akan terus melanggan seminggu sekali iaitu pada hari Rabu. Sekiranya The Star menambah jumlah bilangan pemberian naskhah sehingga mencukupi keperluan Tahun 6, langganan ini akan digunakan untuk 5 Tekun pula. AJK panitia Bahasa Inggeris telah membuat keputusan dalam Mesyuarat Panitia Kali 1 untuk mengenakan bayaran sebanyak RM 0.50 senaskhah untuk akhbar The Sar yang di sumbangkan oleh EON Bank. Tujuannya untuk menampung perbelanjaan projek pengantarabangsaan dengan Korea Selatan.

5.0    Pembentangan Kewangan PIBG . ( Pn Donna Kwan Wai Mun )
            Baki di bank ialah sehingga 30 April iala RM 13,659.88.
            Kutipan Yuran PIBG sehingga  31 Mac berjumlah RM 2,400 sahaja.

6.0    Pembentangan Hari Karnival. (Tn Hj Ahmad Azam b Abdul Jalal)
            6.1        YDP menyatakan bahawa nama baru Hari Karnival ialah Karnival Generasi Sihat SKCI 2011. Tema Karnival Sihat ialah Sihat Jasmani, Sihat Rohani, Unggul Peribadi. Ianya sesuai dengan kempen kesihatan generasi sihat yang telah diwar-warkan oleh kerajaan.
            6.2       YDP telah membentangkan tentang perjalanan Karnival. Dari segi persiapan tempat terdapat 10 buah khemah diperlukan dan akan di tempatkan di lokasi yang telah ditentukan. Anggran kos khemah ialah RM 100 x 10. Jumlah RM  1000.
            6.3       Dimaklumkan PA system mempunyai masalah, terdapat kerosakan, berlaku litar pintas. Oleh itu PA system perlu disewa. Kos sewa ialah RM 300.
            6.4       Sewa Gerai. Mesti tahu siapa dan Jumlah gerai pihak luar yang akan datang berniaga pada Hari Karnival perlu disahkan dengan segera. Setakat ini tiada sebarang makluman tentang perkembangan Sewa Gerai Luar.
            6.5       Kupon sepatutnya telah di cetak. Maklumat perlu diperolehi pada bulan Mei. Adalah diharapkan kupon dapat disiapkan secepat mungkin.
            6.6       Adalah diharapkan perkara Hal ini akan dapat diselesaikan sebulum mesyuarat akan datang dibincang semula pada 21 Mei, sebelum cuti sekolah bermula.
            6.7       Cadangan aktiviti Hari Karnival Generasi Sihat ialah
                        8.00 pg       Senamrobik,
                        8.45 pg       Perasmian oleh YB Ong Tee Keat
                        10.30 pg      Ceramah
                                           Cabutan bertuah
                        12.00 th      Demontrasi Memasak, Kraf oleh pihak KEMAS,
                        1.00 ptg      Demontrasi Keselamatan/ Bomba
                        3.00 ptg      Pertandingan memancing
                        4.00 ptg      Penutup dan Penyampaian Hadiah
            6.8       Aktiviti memancing dan penyampaian hadiah pada waktu petang adalah bertujuan untuk menarik orang ramai hadir semula pada waktu petang.
            6.9       Aktiviti lain pada hari Karnival ialah permainan dan pertandingan iaitu kuda, Flying Fox, Tayangan Gambar dan pertandingan mewarna,
            6.10      YDP meminta setiap biro memberi laporan dan perkembangan tentang persediaan dan persiapan Karnival.
            6.11      Pn Anida ( Biro Sumbangan dan Hadiah) memaklumkan bahawa lebih 30 pucuk surat sumbanga telah diedarkan, sehingga kini hadiah bagi cabutan bertuah  yang diperolehi ialah daripada Cruize Tasik, Sasmurni, KOA, ADABI, My Iman, KEMAS dan Utusan Publication. Ada juga yang telah lain memberi persetujuan untuk memberi sumbangan tetapi tiada hitam putih. Hadiah bagi permainan dalaman telah disediakan. Petronas tidak dapat membekalkan dapur dan gas seperti yang dimohon.
            6.12      En Marzuki( Biro Publisiti). Banner akan dinaikkan secepat yang mungkin. En Marzuki telah menunjukkan contoh banner, sekiranya tidak bersetuju akan dibuat penambahbaikan.
            6.13      En Baharuddin menyatakan bahawa, setiap banner yang akan di gantung di luar sekolah perlu mendapat kebenaran daripada MPAJ.
            6.14      Surat memohon kebenaran perlu menggunakan letter head PIBG.
            6.15      YDP menyatakan bahawa kupon, apabila siap cetak dan cop perlu diedarkan/ dijual ke sekolah yang berdekatan bagi menarik minat bekas  murid-murid SKCI hadir pada hari Karnival.
            6.16      En Marzuki mencadangkan supaya bekas murid SKCI membantu mempromosikan dan membantu menjual kupon kepada rakan-akan mereka di sekolah tersebut. Cadangan dipersetujui.
            6.16      Pn Anida menyatakan banner yang berukuran 4x 12 ialah RM50,sekiranya dicetak 6,jumlahnya ialah RM 300. YDP menyatakan bahawa jumlah banner yang diperlukan ialah 4 berjumlah RM200.
            6.17      En Ahmad Nazrin ( Biro Penyediaan Tempat) melaporkan tentang persediaan gerai makanan. Beliau bertanya samada setiap gerai perlu disediakan kipas atau lampu.
            6.18      YDP memcadangkan supaya setiap gerai membawa kipas sendiri, bagaimanapun punca kuasa (power) perlu disediakan oleh bahagian teknikal/ jawatankuasa penyediaan tempat.
            6.19      En Baharuddin bercadang menambah jumlah khemah daripada 10 kepada 15, memandangkan pihak berkenaan telah bersetuju memberi potongan harga sebanyak 50% daripada kadar yang disewa.
            6.20     Harga normal bagi sebuah khemah yang berukuran 20x20 ialah RM 120, setelah ditolak diskaun ialah RM 60. Jumlah keseluruhan ialah RM 900. Jumlah tersebut termasuk kos penghantaran, pasang dan kemas. Sekiranya bersetuju, beliau akan cuba berunding dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan kerusi dan meja.
            6.21      Pn Norafidah menyatakan setiap gerai / khemah memerlukan meja banquet.
            6.22     YDP mencadangkan supaya menggunakan meja murid dan guru. Bagaimanapun cadangan ditolak kerana tidak sesuai. Semua meja guru sudah berbalut. YDP menyatakan perlu cari altenatif lain.
            6.23     En Salim mencadangkan supaya ditetapkan budget untuk persiapan tempat.
            6.24     En. Baharuddin mencadangkan supaya  budget untuk persiapan tempat ialah RM1,500, kos termasuk khemah, kerusi, meja dan PA System. Budget promosi ditetapkan RM500.
            6.25     YDP mencadangkan supaya kupon dicetak sendiri bagi menjimatkan kos. YDP dengan kerjasama En Marzuki akan merekabentuk kupom dan menghantar ke kedai fotostat. Selesai cetak, guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memotong, susun dan cop kupon. Cadanga dipersetujui. YDP berharap kupon akan siap cetak pada minggu pertama bulan Mei.
            6.26     Sewa Gerai Luar. EN Aziz memaklumkan sehingga kini cuma Perodua telah bersetuju untuk menyewa tapak pada Hari Karnival.
            6.27     Surat makluman dan edaran kepada Ibu bapa tentang hari Karnival perlu segera dikeluarkan. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan tarikh akhir  dan pengesahan tempahan kupon ialah pada 21 Mei. Kupon yang ditempah hanya akan diedar seminggu sebelum karnival kupon akan diberi bagi mengelakkan kehilangan.
            6.28     En Baharuddin bertanya tentang lokasi  gerai yang akan disewakan kepada pihak luar. YDP memaklumkan gerai mereka akan ditempatkan di parking lot, berbumbung.
            6.29     Pn Rosnah mencadangkan supaya setiap gerai mendapat 20 % keuntungan daripada hasil jualan gerai. Cadangan dipersetujui.
            6.30     YDP menyatakan bahawa modal untuk membeli bahan mentah untuk jualan gerai boleh mohon pinjam dengan PIBG. Bagaimanapun setiap perbelanjaan perlu disertakan dengan resit sebagai bukti. YDP juga menggalakkan guru meminta sumbangan bahan mentah daripada ibu bapa bagi mengurangkan modal.
            6.31      Pn Donna memaklumkan bahawa, dalam Mesyuarat Guru,  tidak bersetuju untuk meminjam modal daripada PIBG dan menerima bahan mentah daripada ibu bapa, sebaliknya minta ibu bapa setiap tahun menyumbangkan modal, bagaimanapun modal itu akan dikembalikan semula kepada ibu bapa selepas Hari Karnival.
            6.32     En Salim menyatakan pada dasarnya kita bersetuju dengan menu yang diberi, bagaimanapun, di sekolah lain, tahun 1 dan 2 tidak perlu menjual menu yang susah. Belia mencadangkan tahun 1 dan 2 boleh menjual kueh dan nasi lemak. Ibu bapa boleh menyumbangkan kueh dan guru hanya jual.Bagi memudahkan ibu bapa memberi sumbangan, dalam surat edaran perlu dilampirkan nama dan no telefon guru setiap tahun / kelas.
            6.33     YDP menyatakan baju pada hari karnival akan berikan. Pihak sekolah setuju untuk menyumbangkan RM 1000 bagi menampung kos baju, baki akan diuruskan oleh PIBG. Baju lengan panjang dan pendek. Baju akan diberi kepada semua AJK PIBG, guru dan individu yang terlibat sahaja. Anggaran baju yang akan ditempah ialah 100 helai.
            6.34     En Sanim bertanya adakan setiap guru wajib membeli kupon sebanyak RM 100. YDP menyatakan bahawa guru tidak perlu membeli sebaliknya perlu menjual sebanyak RM 100.
            6.35     YDP menyatakan bahawa, kelas dan individu yang menjual kupon tertinggi akan mendapat hadiah.
            6.36     Pn Nor Azliza bertanya sekiranya kupon yang tidak berjaya dijual adakah boleh di pulang semula atau tidak.
            6.37     YDP  menyatakan penjualan kupon adalah mengikut kemampuan. En Ahmad Nazrin menyatakan sekiranya tidak terjual boleh dijual pada hari karnival.
            6.38     Pada hari karnival En Zainuddin dan En Ali akan menjual air bancuh, dan buah-buahan bersama pasangan masing-masing.
            6.39     YDP memaklumkan bahawa semua gerai boleh menjual air mineral. En Ali mencadangkan supaya harga air diselaraskan. Cadangan dipersetujui.
            6.40     En Baharuddin memaklumkan tentang cadangan mengadakan aktiviti memanah pada hari Karnival, beliau akan berusaha mendapatkan alatan memanah dan atlet sebagai tarikan pada hari tersebut. Selain itu, beliau juga akan cuba mendapatkan artis iaitu Mas Idayu dan Nash untuk turut sama memeriahkan Hari Karnival.
            6.41      Pn Nor Azliza memohon budget sebanyak RM200 untuk persiapan sambutan dan bunga manggar
            6.42     Pada hari Karnival, terdapat persembahan pembukaan iaitu Dikir Barat dan Persembahan Pendidikan Khas.
            6.43     Pn Anida memaklumkan bahawa ceramah agama pada hari Karnival ialak 45 minit. Cadangan penceramah ialah Ustaz Dato’ Khalid b Hj Isa. Pembayaran kepada penceramah akan disumbangkan cuba dipohon daripada Lembaga Zakat Selangor oleh pusat zakat.
            6.44     YDP menyatakan mengingatkan yang hadir nama rasmi hari Karnival ialah Karnival Generasi Sihat SKCI 2011. Tema karnival pula ialah Sihat Jasmani, Sihat Rohani, Unggul Peribadi.

7.0    Hal-Hal Lain
        7.1        Setelah berbincangmesyuarat, PIBG memutuskan tidak bersetuju  majlis Ibadah Korban Perdana diadakan.
            7.2       En Salim mencadangkan supaya pihak sekolah mengambil tindakan terhadap penjual ais krim yang berniaga di luar kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. Ini kerana ia boleh membahayakan murid-murid memandankan lokasinya berhampiran dengan longkag. Teguran telah dibuat tapi tidak diendahkan.  En Salim meminta supaya pindah ke tempat yang lebih selamat, juga tidak diendahkan.
            7.3       En Baharuddin menyatakan bahawa, hal ini akan dipanjangkan kepada MPAJ, kerana pihak luar tidak dibenarkan berniaga di luar kawasan sekolah. Bagaimanapun pihak sekolah akan ambil maklum hal ini dan akan mengambil tindakan.
            7.4       Pn Norafidah menyatakan, menerangkan terdapat guru bertugas untuk memantau perkara tersebut. Penduduk setempat juga telah mengadu persekitaran rumah mereka kotor kerana aktiviti jualan tersebut.
            7.5       Ustaz Ruslan selaku Pengerusi BKGK memohon sumbangan PIBG sempena Sambutan Hari Guru. YDP menyatakan surat perlu dikemukakan dan nyatakan apa ingin diminta.
            7.6       YDP  memaklumkan PIBG menerima 2 kotak kamus Oxford Fajar untuk Panitia Bahasa Inggeris.
            7.7       Cik Hjh Noriah mohon menggunakan akaun tumpang PIBG bagi urusan sumbangan Majlis Amal Hari Lahir Murid Pendidikan Khas. YDP menyatakan PIBG tidak mempunyai masalah untuk menggunakan akaun PIBG.
            7.8       Pn Wan Zulaile bertanya tentang kutipan yuran PIBG. Pn Donna memaklumkan bahawa tidak semua yang bayar, surat peringatan ke 2 akan dikeluarkan. Selain surat beliau juga akan cuba telefon ibu bapa terbabit.
            7.9       En Baharuddin memaklumkan pada tahun 2011, KSSR akan diperluaskan ke tahun 3 dan 6. Surat makluman akan diedarkan kepada ibu bapa.
            7.10      Program susu sekolah akan digantikan dengan susu 1 Malaysia. Ianya ditangguhkan kerana isu keracunan.
            7.11      Pihak sekolah bercadang mahu mengadakan seminar untuk ibu bapa pendidikan khas tentang penjagaan anak-anak berkeperluan khas. Ini kerana terdapat ibu bapa yang tidak memberi ubat penenang kepada anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan anak mereka menjadi aktif dan adakalanya bertindak di luar jangkaan. PIBG akan menyokong usaha ini dan menyerahkan hal ini kepada guru-guru Pendidikan Khas.
            7.12      Guru Besar juga bercadang mahu mengadakan motivasi  untuk mengetahui teknik-teknik pembelajaran. Program ini boleh dipanjangkan kepada sekolah yang berhampiran.
            7.13      En Salim bertanyakan tentang budget pemasangan jubin dewan Sekolah, kerana pada masa ini terdapat tawaran harga yang rendah iaitu RM 1 berbanding RM 3.60. Sekiranya PIBG bersetuju, kita boleh membelinya dengan menggunakan wang PIBG apabila wang peruntukan diperolehi, wang tersebut akan digantikan semula kepada PIBG.
            7.14      En Ahmad Nazri bertanya adakah peruntukan itu diturunkan kepada kontraktor atau PIBG. Memandangkan permohonan telah dipanjangkan kepada TPM dan kontraktor akan dilantik terus, YDP menyatakan kita perlu menunggu peruntukkan diterimaberi.
            7.15      YDP mengucapkan terima kasih atas kesudian hadir pada mesyuarat kali ini. Dan berharap ibu bapa dan guru dapat kempen tentang karnival. Guru juga perlu kempen untuk mendapatkan bahan mentah, tenaga dan modal daripada ibu bapa

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi

Disediakan oleh,                       Disemak oleh,                                             Disahkan oleh,


...................................                  .......................................                                    .........................................
(Zulaidah Mat Hassan)       (En Mohd Thani b Abdullah)                  (Tn Hj Ahmad Azam b Abl Jalal )
s/u PIBG SKCI 2011/2012       Guru Besar SKCI                                   YDP PIBG SKCI 2011/2012